IKHLASKANLAH IBADATMU AGAR MENDAPAT RAHMAT DARINYA

Beribadatlah kepadaNya DENGAN ikhlas semoga Allah melimpahkan rahmatNya. Apa sahaja ibadat jika tanpa rahmatNya ianya akan menjadi sia-sia. RahmatNya amat bergantung kepada keikhlasan hati kita. Sama ianya ibadat yang difardukan berpandukan rukun Islam atau perkara yang sunat melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W. Kita dituntut melaksanakan perkara yang sunat kerana ianya mempunyai fadhilatnya. Dalam situasi sekarang disebut dua dalam satu. Fadhilatnya akan datang sendiri berdasarkan amalan kira kerana Allah MAHA PEMURAH. Ikhlaskan setiap amalan kita hanya untuk mendapat RAHMAT dan keredhaanNya, insyaAllah kelebihan yang dijanjikan pasti Akan dikurniakanNya. Jangan kita mengharapkan fadhilatNya sahaja dalam ibadat kita, tapi laksanakanlah kerana tanggungjawab kita adalah melaksanakan perintahNya. YAKIN dan percayakan kepada asma UL husnaNya.

KLIA 1600pm

Leave a Reply