IBADATKU

Syahadah sudah kulafazkan, namun, benarkah lafazku menepati syariah yang telah KAU tetapkan
Telahku laksanakan semampuku apa yang aku diajar dan apa yang aku tahu
Lima waktu yang panjang,mamun diterimakah solatku
Puasa yang mencabar lapar dan nafsuky, namun termasuklah puasa yang diterimaMu
Bersih sudahkah harta dengan zakat yang aku tunai dan benarkah aku ikhlas dalam menunaikannya?
Selesai sudah rukun kelima yang KAU fardukan terhadapku, namun mabrurkan hajiku?
Terampunkah dosaku yang tak terperi banyaknya? Permohonan keampunanMu dariku tidak seberapa!
Detikannya sentiasa menari di kalbu adakah semua ibadatku betul dengan apa yang KAU perintahkan.
Dekikan hati marasakan terlalu jauh dari kesempuranaan
Detikan hati merasa terlalu sedikitnya ibadatku untuk menggapai rahmatMu
Detikan hati merasa terlalu jahil pada diriku
Detikan hati mengatakan amalan tidakpun sampai sebesar zarahpun

Namau aku yakin bahawa ENGKAU MAHA PENGASIH, MAHA PENGAMPUN, MAHA PENYAYANG, MAHA PENERIMA DAN 95 lagi yang MAHA. YA ALLAH hanya keampunanMu yang ku pohon, ampunilah hambaMu ini.

Leave a Reply