IBADAT – TIDAK LENGKAP HANYA RAJIN BERIBADAT

Rajin beribadat merupakan anugerahNya kepada hambaNya dan ia merupakan satu keberuntungan. Namun, tidak lengkap ibadat hanya kerana kerajinan. Dalam beribadat aspek kuantiti perlu seiring dengan kualiti. Tidak cukup rajin singgah di masjid walaupun di luar waktu sekiranya kita tidak berusaha menjadi makmun kepada orang solat atau membentuk jemaah supaya kita mendapat pahala solat berjemaah. Menjaga solat lima merupa satu kewajipan, namun alangkah lebih lengkap solat kita jika kita serta amalan-amalan sunat yang disunnahkan dalam solat kita seperti bacaan tambahan dalam doa iftitah, dalam rukuk, sujud dan tahiyat. Tidak lengkap jika pakaian kita mengikut sunnnah, namun isi agama di dada tidak selari. Apabila kita menampilkan keakuran kita dengan sunnah berpakaian, kita berupaya berupaya menjelmakan kefakihan kita apabila diperlukan dalam hal berkaitan dengan amalan seperti ilmu al quran(aspek tajwid dan sebagainya), hadis (yang memandukan di ladasan yang betul apabila beramal), fikah dan sebagainya. Begitu juga kerajinan kita melaksanakan puasa sunat perlu seiring dengan solat berjemaah secara istiqamah.  Kesimpulannya ialah setiap kerajinan dalam apa saja amalan perlu disertakan dengan ilmu supaya amalan bukan saja dinilai dari aspek kuatiti semata-mata, tapi merangkumi aspek kualiti.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. make money without a job - Trackback on 2016/06/20/ 15:13
  2. safadas - Trackback on 2016/09/10/ 20:45