IBADAT SUNAT KENAPA KITA TUNAIKAN?

Keghairahan untuk melaksanakan ibadat-ibadat sunat sudah mencari suatu trend yang amat baik di kalangan umat Islam. Kita dapati ramai para muslim menghadiri majlis ilmu di masjid dan surau, ramai yang mampu melaksanakan ibadat umrah, ramai yang berminat bercakap soal-soal yang berkaitan dengan agama, penampilan diri dengan imej orang agama dari aspek berpakaian dan sebagainya nampaknya ada peningkatan yang ketara. Kenapa kita laksanakan semua amalan tersebut? kenapa pula tidak ramai yang berubah secara istiqamah selepas kita melaksanaknakan ibadat sunat tersebut?

Sebagai contoh kenapa kita berbelanja beribu ringgit membawa keluarga mengerjakan umrah .Tahukah kita bahawa umrah yang kita kerja mempunyai kemabrurannya sekira memenuhi syaratnya? Oleh itu ramai yang minta didoakan agar dikurniai umrah yang mabrur.Fahamkah kita apa itu umrah yang mabrur? Umrah yang mabrur dan haji yang mabrur adalah cita-cita kita apabila kita ingin melaksanakan ibadat tersebut.
Terkesannya ibadat sunat yang kita laksanakan itu terhasil selepas kita melaksana amalan sunat sebagai dinyatakan sebelum ini.
Seandainya amalan kita selepas mengerja ibadat umrah atau selepas menghadiri majlis ilmu atau selepas mempamerkan imej muslim sejati tidak nerubah, maka ertinya kita belum memahami kenapa kita melaksanakan ibadat sunat tersebut. Taufik dan hidayat tidak akan datang sendiri tanpa kita berusaha bersungguh untuk dikurniaiNya.
Ilmu perlu ada apabila kita melaksana sesuatu amalan dan perubahan perlu dilakukan apabila kita melaksanakan sesuatu amalan. Sebagai contoh, kenapa tidak ramai para lepasan ibadat umrah memenuhi masjid untuk berjemaah setiap waktu sebagaimana sewaktu mereka menegrjakan umrah. Apakah nawaitu kita mengerjakan umrah? sekadar ikutan, kerana berduit, untuk bermegah-megah atau apa ? Sekiranya mengerjakan ibadat umrah kerana Allah, maka kita perlu menghayati hikmah umrah. Pulang daripada dari Tanah Suci dianggap kita suci bersih. Apabila kita suci bersih maka kita akan meninggalkan segala larangan da melaksanakan segala suruhan. Sekira semua kita tidak mampu kita laksana, janganlah kita tinggalkan semuanya. Laksanakan dahulu yang mampu dan apabila sudah istiqamah tambahkan amalah yang lain yang menjadi suatu kewajipan.
Di antara amalan yang boleh kita laksana segera seperti solat berjamaah, solat diawal waktu, menambahkan ibadat solat dengan solat sunat, tadarus alquaran dan sebagainya yang tidak memebebankan. Namun sekiranya kita perhatikan walaupun sabn tahun semakin ramai mereka yang mampu mengerjakan umrah tetapi solat jemaah di masjid dan surau tidak juga bertambah. Solat subuh berjemaah amat menyedih walau orang baru pulang tersebut rumahnya bersebelahan masjid. Jadi kenapa kita laksanakan ibadat sunat tersebut?

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. dental implants Austin - Trackback on 2016/06/08/ 13:31
  2. Handcuffs - Trackback on 2016/06/17/ 18:11
  3. brazzers porno - Trackback on 2016/06/26/ 09:19
  4. bunk bed sale - Trackback on 2016/10/08/ 12:20