IBADAT ORANG SAKIT

Alhamdulillah kerana kita telah dikurniakan kesihatan yang membolehkan kita melaksanakan ibadat dengan selesa. Laksanakan ibadat sementara kita dikurniakan kesihatan semaksima dan semampu mungkin sebagai bekalan di akhirat dan juga nilai tambah amalan kita semasa kita diuji kesakitan, kesibukan, berhalangan dan sebagainya. Kesukaran beramal semasa ditimpa musibah merosotnya kesihatan mudahan terus diganjari sebagai amalan istiqamah semasa kita kita diberi peluang sihat walafiat. Namun, kita tidak dapat pasti ujian kita seterusnya . Oleh persiapan perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan ujian dariNya. Ujian kesakitan merupakan cabaran utama dalam beribadat kepadaNya. Selagi akal kita waras maka kewajipan solat tidak sekali-kali gugur. Kerana itulah kunci kepada amalan lain apabila tiba hari amalan kita dihisabNya. Oleh sebab itu kita diwajibkan solat walau dalam keadaan apa kesukaran atau kepayahan sekalipun. Bagi yang tidak mampu berdiri, dibolehkan solat dalam keadaan duduk, jika tidak mampu duduk dibolehkan dalam keadaan baring, jika masih tidak mampu dibolehkan dengan isyarat dan jika tidak mampu juga maka menjadi kewajipan orang di sekeling kita memastikan kita menyedari kewajipan solat dengan membisikkan ke telinga kita setiap kali masuknya waktu solat dengan bisikan bermula dari berwuduk atau bertayamun sehinggalah salam (Insya-Allah akan dibincang berkaitan tanggungjawab waris terhadap orang yang sedang sakit). Kebanyakkannya mengabaikan persiapan ibadat terutama solat ketika kita ditimpa musibah kesakitan dan sebagainya. Seolah kita akan sihat selamanya. Selain kita mendalami bagaimana amalan terutama solat semasa kita sakit, kita juga perlu mengingati waris tentang bantuan yang diperlukan bagi memastikan sisakit dapat melaksanakan ibadat solat dalam apa keadaan sekalipun selagi pesakit tersebut masih waras (ada tindak balas). Mudahan seandainya hayat berakhir dengan kesakitan tersebut ia akan menemui Allah dalam keadaan kekal dengan ibadat solat.

Leave a Reply