IBADAT, MESTI ADA TARGET!

Semua melaksanakan amal ibadat, namun tidak ramai yang konsisten(istiqamah) kenapa? Memanglah dalam beramal atau masa menaik dan suatu ketika menurun! Tapi yang menyedihkan turun dan tidak naik, naik! Kenapa? Dalam beramal, ibadat asas sepatutnya tidak menurun tanpa alasan yang syarie. Amat malang sekali sekiranya kita istiqamah solat berjemaah, tetapi tanpa sebab syarie kita menjadi jarang hadir solat berjemaah! Berkaitan amalan yang amat dituntut, mungkin boleh dimaafkan seperti bacaan surah-surah tentu setiap hari, namun bagi amalan yang boleh meningkatkan tahap ketaqwaan semestinya tiada ‘flip flop’. Bagaimana untuk mencapainya? di antara solusinya kita mesti meletakkan target setiap ibadat kita. Contohnya kita membuat target pada tahun ini aku akan pastikan 100% solat fardu Subuh dan Isya’ berjemaah. Dan diikuti solat fardu yang lain sehingga lengkap lima waktu dan kekal hingga akhir hayat. Target untuk khatam al Quaran sekurang-kurang 2 kali setahun. Target puasa sunat Isnin dan Khamis secara kensisten. Target mengahafal surah-surah lazim dan menghafalnya secara konsisten. Target untuk solat sunat witir dan tahajud tanpa gagal. tambah amalan lain secara target! INGAT!! target seMESTINYA untuk DIAMALKAN sepanjang hayat bukan untuk masa tertentu.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Sage 100 - Trackback on 2016/08/22/ 05:16
  2. real zombie cuttlefish apocalypse walking dead - Trackback on 2016/09/24/ 18:56