IBADAT HAJI

Perancangan awal untuk berbicara berkaitan dengan ibadat puasa yang Alan dikunjungi beberapa hari lagi di samping menyambung artikal bersiri berkaitan dengan aksesori solat. Namun isu berkaitan ibadah haji menarik perhatian untuk dibancangkan. Ini berikut kehadiran hamba Allah, juga merupakan kenalan pada solat Subuh pagi tadi. Hal ini agak luar biasa kerana hamba Allah (jarang, jarang!!!) berjamaah Subuh kecuali atau urusan berkaitan peribadi dengan jemaah lain. Namun kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan hidayahNya, beliau menambah jamaah Surau daripada dua ketiga orang dari jumlah penghuni Taman yang beratus orang. Beliau dengan senang hati mengkhabarkan beliau mendapat pengesahan untuk menunaikan haji pada musim 1433H ini. Dapat menunaikan ibadat haji merupakan satu rezeki kerana daripada hampir sejuta yang berada disenarai menunggu, beliau di antara 28 000 orang yang dipilih Allah. Penulis menganjurkan supaya mendalami ilmu berkaitan dengan ibadat haji di samping memantapkan amalan-amalan wajib lain terutamanya kesempunaan dalam solat. Seusai solat fardu Subuh berjamaah, hamba Allah ini menunaikan solat ‘sunat” kurang pasti sunat apa.
Kesimpulan daripada peristiwa di atas, kita dapat bayangkan, harap-harap sebahagian kecil sahaja yang menunaikan fardu haji sebagai ikut-ikutan sahaja kerana mempunyai kemampuan dari segi Kewangan atau sekadar mengejar status’haj’. Rasanya sebahagian besar adalah daripada kesedaraan sebagai tanggungjawab sebagai hamba Allah, termasuklah saudara kita tadi cuma ilmu berkaitan ibadatnya perlu ditambah.
Ibadat haji sebagaimana dijelaskan oleh golongan ialah kerja atau perbuatan yang perlu dilaksanakan berdasarkan rukun-rukun di samping larang-larang semasa mengerjakannya. Sebahagian besar para jemaah tidak menghadapi masalah untuk melaksanakan kerja haji. Selain niat, kita hendaklah melakukan tawaf, sa’er, wuquf di Arafah dan bertahalul serta melaksanakan kerja-kerja wajib haji. Selagi badan sihat, maka kerja-kerja berkaitan ibadat haji mampu dilaksanakan .
Persoalannya memadaikah dengan melaksanakan kerja tersebut menjamin kita mendapat haji yang mabrur?
Bersambung….

Leave a Reply