IBADAT BUKAN IKUTAN ATAU BERMUSIM!

Ibadat kita kena jelas, iaitu meraih rahmatNya agar ditempatkan di syurgaNya. Untuk mengapai syurga bukanlah suatu yang mudah tetapi tidak mustahil sama sekali. Setiap amalan hendaklah melalui ilmu. Ilmu memandu kita dalam beribadat supaya ibadat menepati kehendakNya! Ilmu semestinya dikuasai secara berperingkat serta keutamaan. Beramal apa yang disuruh disertai dengan melengkapkan diri dengan kefahaman yang jelas ada yang terbaik berbanding dengan amalan berdasar ikut-ikutan. Keinginin untuk memaksimakan amalan ada sesuatu yang amat baik, namun bukan hanya mencontohi amalan orang lain tanpa melengkapkan dengan ilmu adalah sangat berbahaya. Sebagai contoh, apabila kita melihat orang lain mendirikan solat sunat sunat dengan kuantiti yang banyak, maka kita pun cuba mencontohi amalannya. Sebelum kita mencontohinya kita perlu mengetahui apakah solat sunat tersebut muakad atau tidak?! Dalam ibadat kita kena utamakan yang muakad secara istiqamah dan diikuti dengan solat sunat lain yang tidak muakad. Amalan secara ikutan ini tidak konsisten kerana kita tidak tahun mana yang utama. Pengetahuan tentang keutamaan peting untuk kita mempertahankan amalan tersebut dalam apa situasi sekalipun! Kita amalkan kerana itu adalah suatu tuntutan bukan mencontohi amalan orang lain! Apabila kita mengikut amalan orang, yang sering terjadi ialah apabila orang yang kita ikuti tersebut tidak lagi melaksanakan ibadat  tersebut akan menyebabkan kita menjadi serba salah! Apakah amalan tersebut perlu atau sebaliknya! Dengan amalan berdasarkan kefahaman serta betul dan tepat sebagaimana yang disuruhNya, maka kita yakin dan akan istiqamah terhadap amalan tersebut. Dalam solat misalnya di samping beramal kita hendaklah mendalami ilmu berkaitan dengan solat yang meliputi, semua rukun, semua yang wajib , semua yang sunat serta semua aksesori(zikir dan doa pelengkap yang menjadi amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam). Dalam aspek rukun melibatkan perbuatan hendak menepati kedudukannya iaitu aspek kedudukana qiam, kedudukan rukuknya kedudukan sujudnya dan tukmaninahnya. Manakala aspek bacaannya perlu tepat tajwidnya dalam bacaan surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan lain dalam solat.

Sebab itulah kita sering ditekankan supaya mempelajari al Quran terutama aspek tajwid supaya bacaan al Quran kita berpahala dan yang utamanya juga bacaan dalam solat kita tepat. Dalam solat tiada sesiapa pun tahun betuk atau salah bacaan kita kecuali kita  sebagai imam dalam solat yang dibaca secara jihar. Manusia tidak perlu menilai bacaan dalam solat kita, akan tetapi Allah sentiasa menilai apa sahaja perlakuan kita, begitu juga bacaan dalam solat. Kita boleh menipu manusia seolah-olah hebat solat kita, namun dengan Allah jangan sekali-kali. Oleh itu, mahu tidak mahu kita kena mendalami ilmu al Quran dengan guru yang bertauliah. MULAILAH DARI SEKARANG dan ingatlah Allah yang menilai amalan kita!

Leave a Reply