Hubungan Persahabatan – Pengaruh harta dan pangkat

Zaman telah berubah, harta dan kedudukan melambangkan status seseorang. Amat malang kerana faktor tersebut turut mempengaruhi persahabatan seseorang manusia. Walaupun serapat manapun hubungan semasa zaman kanak membawa kepada zaman persekolahan dan remaja tidak semestinya hubungan tersebut terus erat sehingga akhir hayat. Apabila perpisahan terjadi selepas alam persekolah maka hubungan persahabatan ini semakin jauh. Apakah tindakan anda jika anda bertemu dengan kenalan yang mengenali sahabat anda semasa alam persekolahan? Apakah anda bertanya di manakah sahabat anda sekarang? dan apakah kerjayanya sekarang? Apakah tindakan anda apabila diberitahu kerjayanya lebih rendah atau lebih tinggi dari anda? Pada kebiasaannya anda akan terus ingin jawapan kepada kepada soalan pertama dan kedua. Apabila anda mendapat jawapan untuk soalan ketiga, andakah anda meneruskan kepada pertanyaan seterusnya? Pada kebiasaannya berdasarkan pengalaman kebanyakkan ingin mengetahui secara lengkapa sekiranya status sahabat kita sama atau lebih tinggi daripada kita. Dan jarang yang ingin mengetahui atau menyambung silaturahim dengan kawan yang lebih rendah statusnya. Walaupun kita sedia maklum semua orang dewasa ini boleh dihubungi dengan telefon bimbit, sudah pasti kawan ini tadakpun akan bertanya nombor telefon bekas kawannya untuk menyambung persehabatan. Mejoritinya begitu. wallahua’lam

Leave a Reply