HUBUNGAN DENGAN MANUSIA MELENGKAP HUBUNGAN DENGAN ALLAH DALAM MENCARI REDHANYA

Beribadat kepadaNya merupakan asas utama mendapat redhaNya! Namun cukupkah amalan itu tanpa melaksanakan hubungan sesama manusia?
Kejadian alam dan seisinya yang pelbagai menuntut hambaNya saling memerlukan! Ini bermakna kita kena libatkan diri kita dalam apa jua program yang termampu untuk kebaikan hambaNya yang lain sebagai nilai tambah kepada amalan kita! Allah menggariskan bagaimana untuk memperolehi pahala! Pahala bukan hanya diperolehi dengan ibadat kepadaNya, namun tidak terhitung juga pahala yang disediakanNya apabila kita berhubungan sesama manusia. Malah terdapat pada tahap yang mewajibkan kita memberi perhatian sesama manusia! Contohnya tanggungjawab kita terhadap ibu dan bapa, para fakir miskin yang insan lain yang memerlukan bantuan kita! Dalam al Quran dan Sunnahnya yang mencatatkan pelbagai tindakan kita yang memberi ganjaran yang ternilai untuk diri kita apabila kita kembali kepadaNya.

Leave a Reply