HILANG LAGI SEORANG YANG SANGAT BERJASA DAN DISAYANGI

Tepat jam 9.15 pm malam tadi(14 Oktober 2017 bersamaan 24 Muharram 1439H Pakni (ABDUL RAHMAN BIN HARUN) bapa saudara terakhirku pergi mengadap Ilahi (Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin).Hanya tinggal seorang ibu saudara yang ku sayangi (Maksu Kama). Seorang bapa saudara yang banyak jasanya terutama sentiasa menasihatku supaya sentiasa menggunakan peluang untuk belajar bersungguh-sungguh kerana peluang tersebut tidak dapat bagi dirinya kerana keadaan semasa. Kami yakin jika pakni diberi peluang beliau akan menjadi orang yang berjaya. Beliau seorang yang berminat dengan pemdidikan dan rajin membaca serta mempunyai sifat ingin tahun yang tinggi(berdasar interaksi dengan beliau apabila berbincang dengan beliau). Setiap pagi aku akan membonceng’Honda Cup’nya untuk ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 25 km dari rumah. Masa itu aku menyambung belajar di tingkata enam di Istitiut Bakti selepas memperlehi gred dua (SPM). Aku memilih belajar di sini kerana tidak mampu untuk belajar di sekolah biasa. Istitiut Bakti adalah milik bapa sepupuku yang merupakan seorang yang agak pintar pada waktu itu. Beliau merupakan di antara pelajar yang cemerlang dengan memperolehi lima prinsipal A dalam STPM(Sijl Tinggi Persekolah Malaysia) yang amat jarang diperolehi pada waktu itu. Beliau di antara anak Melayu yang awal ditawar melanjutkan pelajaran di Universiti yang paling berprestij di dunia iaitu Harvard University di Amerika Syarikat. Beliau kemudian memenangi pilihanraya di atas tiket parti PAS di Parlimen Kuala Krai. Selepas berlakunya peritiwa 13 Mei 1969 demi perpaduan orang Melayu dan menyelamatkan negara daripada huru hara, maka Barisan Nasional telah dibentuk yang menyatukan PAS dan Parti Perikatan (UMNO,MCA, MIc dan gerakan). Apabila kerajaan Barisan Nasional terbentuk bapa sepupuku ialah Zahari Bin Awang (di antara ‘ikon’ yang dikenali di Kelantan pada masa itu) telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementrian Luar Negeri. Aku selalu ke rumahnya bersama Pakni kadang-kadang aku dipanggil berjumpanya. Beliau selalu menasihatku supaya belajar bersungguh-sungguh seperti “ayah Zek’ panggilan kami kepadanya dan beliau mencabarku supaya mendapat 5A dalam STPM dan berjanji , jika berjaya beliau akan menanggung kos pembelajaran sehingg PHD. Namun oleh kerana kengkangan kewangan, aku terpaksa berhenti sekolah setelah belajar beberapa bulan (Aku dimaklumkan beliau tersangat marah kerana menamatkan persekolah tanpa pengetahuannya dan selepas itu aku tidak menemuinya sehingga kini kerana berhijrah keluar dari Kelantan hingga kini yang sudah hampir 40 tahun).Selepas itu aku bersama sepupuku Yusuf Bin Wahab (sekarang menjadi usahawan yang berjaya di KL)serta dua sahabatku iaitu Kamal dan Ibrahim Tokja berhijrah ke Johor, Negrai Sembilan dan akhir bermastautin di Kuala Lumpur (melakukan pelbagai pekerjaan seperti berniaga di pasar malam, pasar pagi, kilang dan akhirnya sebagai pegawai di Bank Pertanian Malaysia(sekarang Agro Bank)dan seterus melepaskan jawatan sebagai pegawai bank kerana abah tidak mahu aku terlibat dengan sistem riba( masa itu belum ada lagi Bank Islam) dan kesyukuran yang terhingga kerana atas nasihat abah dan mek aku tidak terlibat dengan sistem riba yang merupakan larangan keras(laknat) oleh Allah. Allah telah menggantikan dengan yang lebih baik kerana aku dapat tawaran menyambung pelajaran di bidang perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) di bidang Psokologi dan menjadi pendidik yang membentuk generasi akan datang agar menjadi insan yang berguna dan soleh. Terima kasih Pakni.

Leave a Reply