HIJRAH

Mengikuti dan menghayati kuliah Maghrib dan kuliah Subuh oleh Prof. dato’ Dr. Omar Ab Rahman yang menyapaikan isi kuliah dari sudut yang berbeza iaitu sudut login fan realiti. Sebagai ahli akademik yang bergelumang DENGAN sistem bidang perubatan yang melayakkan beliau Dilantik menganggotai majlis PROFESOR NEGARA.Ringkasan isinya-Hijrah itu jihad. Kita redha terhadap apa saja dugaan yang Allah berikan. Di samping redha, perlu sabar dengan DUGAAN tersebut tanpa Ada persoalan kenapa. Kita juga di minta mencari penyelesaian atau solusi di atas dugaan tersebut. Itu adalah bagi DUGAAN dalam dalam bentuk MUSIBAH . DUGAAN yang paling sukar ialah DUGAAN dalam bentuk kesenangan. Cara mengatasinya ialah dengan bersyukur DENGAN lisan dan hati. Seterusnya kita hendaklah menfaatkan kesenangan tersebut untuk orang lain juga. Ibadat yang kita laksanakan seperti solat, puasa, zakat dan sebagai nya belum menjamin kita dianugerahi surgaNya jika saudara ,jiran, rakan dan orang lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita  menderita sedangkan kita mampu membantunya. Ramai yang gagal dalam persoalan ini. Ramai yang sanggup dan sampai hati  dan dapat bertahan melihat kesusahan orang lain yang memang kita mampu membantu mengurangkan kesuasahan. Sayang untuk memberi sebuah senyuman(percuma), sayang menyerah harta kita yang memang pun kita tidak perlukan untuk menolong orang lain.  Selagi kita mampu bertahan melihat penderitaan orang lain yang mampu kita leraikan, selagi itu peluang kita meraih syurgaNya agak tipis walaupun tidur dan bangun di masjid. MOHON Allah keluarkan kita dari golongan ini.

Leave a Reply