HIJRAH! SEBAGAI ORANG BIASA APA YANG HENDAK DIHIJRAHKAN?

HIJRAH pengertiannya amat luas! Perubahannya Tersangat besar! Sesetengah dari kita orang biasa melihat hijrah terlalu sukar mahu dilaksanakan! Namun, sebenar bagi kita orang awam hijrah perlu juga dilaksanakan bermula dengan mana yang termampu.
Sebagai contoh dalam solat, kita hijrahkan dengan melengkapkan solat mana yang kurang terutama hal-hal yang sunat sebagai pelengkap kepada solat kita, terutama dalam doa dan zikir dalam setiap pergerakan rukun. Al Quran, dalami ilmu tajwidnya serta tadabur. Solat berjemaah, lengkapkan solat lima waktu berjemaah di masjid. Istiqamahkan solat-solat sunat secara istiqamah mengikut kemampuan. Qiamulai, bangunla secara istiqamah setiap malam sekurang untuk solat sunat tahajud dan witir. Puasa. Cubalah istiqamah puasa sekurang puasa Isnin dan sebaiknya Isbin dan Khamis secara istiqamah.Zikir dan doa harian yang disyariahkan secara konsisten. Ilmu perlu ditambah secara berkala dan jadikan kemestian sekurangnya sekali seminggu, sebaiknya sekerap yang boleh. Niat dan usaha untuk istiqamah sehingga akhir hayat. Hijrah walau ikut kemampuan. HIJRAHLAH dari amalan yang mudah, insyaAllah akan membawa kita keada hijrah ysng lebih besar. HIJRAHLAH.

Leave a Reply