HEBATNYA SEORANG ISTERI

Sentiasalah mendoakan isterimu moga dengan rahmatNya dikurniakan JannahNya. Kehebatan seoran isteri tidak tertanggung jika dibanding seorang lelaki yang nampaknya gagah perkasa, namun amat lemah dalam pengurusan kehidupan seharian. Seorang isteri yang bekerja dapat melayan kehendak suaminya seperti penyediaan makan dan minum. membersih dan menggosok pakaian, mengemas dapur dan rumah, mengurus anak-anak, melaksanakan amal ibadat, melayan kehendak batin si suami dan banyak lagi. Jika renung secara mendalam memang berat, namun dapat juga si isteri laksanakan. Cuba perhatikan suasana apabila si suami jatuh sakit, bagaimana keadaannya jika si isteri yang sakit. Si isteri masih sempat menyediakan makan minum dan yang mengharukan lagi jika sakitnya agak tenat, si isteri masih memikirkan makan minum si suami dan anak pinaknya. Berbanding jika si suami jatuh sakit, si suami ini seolah-olah terlalu uzur dan tidak mampu berbuat apa-apa. Itu hebatnya seorang isteri. Sentiasalah mendoa kesihatan dan kesejahteraan dan Jannah untuk isterimu tersayang. TERIMA KASIH ISTERKU.

Leave a Reply