HARTA

Harta merupakan keinginan yang paling utama manusia. Kita dituntut mencari kekayaan dan mengelak daripada kefakiran. Namun, kerana mengejar harta menyebabkan kebanyakkan kita lalai dalam mengingatiNya. Paling menyedihkan ialah sebahagiannya lupa langsung mengingatiNya. Harta yang dicari perlu dipastikan kehalalannya. Harta boleh membawa kita ke SyurgaNya jika diguna ke jalan yang diredhaiNya. Harta jugalah merupakan cubaan kepada kita dan boleh menjerumus kita ke nerakaNya yang tidak terhintung azabbya. Dalam kita mengumpul harta, janganlah sampai mengabaikan solat beramaah lima waktu, jangan juga lupa menunaikan zakat dan menginfakkan sebahagiannya. Biarlah harta memudahkan kita untuk beribadat kepadaNya. Awasilah dan pastikan setiap sen yang kita perolehi itu adalah dari sumber yang halal. Gunakan setiap produk yang kita ambil itu halal sama adalah pembelian, pelaburan, pembangkan, takaful dan sebagainya mestilah bercirikan islamik. Jangan sekali mempertikaikan atau memandang remeh sistem Islam yang disahkan oleh para ulama yang ahli. Cari harta untuk keredhaanNya.

Leave a Reply