HARTA

Hebatnya peranan harta. Harta membuat seseorang sentiasa ingin mendapat atau menambahnya. Harta membuat seseorang hilang pertimbangan halal dan haramnya. Harta menyebabkan berlaku permusuhan di antara saudara mara apatah lagi sahabat handai. Harta menyebabkan rasa iri hati. Harta yang memang sudah memadai, masih merasa belum mencukupi. Sudah dianugerahi jutawan, namun masih merasai belum dapat bersyukur. Itulah penangan harta. Masih rasa tidak cukup walau lebih dari mencukupi. Diri ini sentiasa berdoa agar rajin berdoa supaya harta bukanlah menjadi matlamat kehidupan dan seandainya dianugerahiNya harta biarlah Allah ringankan hati untuk berinfak ke jalanNya.

Leave a Reply