HIRIS MASA YANG TIDAK BERMANFAAT

Kebanyakkan kita memberi alasan kekangan masa yang menyebab kita tidak mengganda ibadat terutama di bulan yang penuh maghfirah ini. Namau, jika kita merenung dengan teliti, kita dapati banyak masa yang kita bazir kepada perkara yang tidak bermanfaat. Tanoa kita sedari dua atau tiga jam kita berada di depan Tv atau laptop(melayari lamn sesawang yang tidaklah penting sangat), jika ke bazar Ramadhan tudak kurang dari satu jam untuk masa perjalanan dan meninjau juadah, berbual kosong boleh mencuri masa yang agak lama tanpa kita sedari jika topiknya hangat, tidur juga kadang-kadang melebihi lima jam kerana kekenyangan yang meneybabkan sukar untuk kita bangkit terutama di waktu petang atau tengah malam, “window shopping”, kadang-kadang selepas solat pun sempat berbual kosong (sekadar tanya khabar tu oklah) dan banyak lagi. Sekiranya masa tersebut dapat kita kawal atau sekurang-kurang dapat kita ambil sebahagiannya maka, banyak amalan yang dapat kita laksanakan seperti bertadarus, bertadabur, solat sunat, zikir dan sebagainya. Barulah kita tahun bahawa sebenar Allah telah sediakan masa yang cukup untuk kita dlam mengurus kehidupan keluarga, masyarakat dan beribadat kepadaNya. Kita yang mengaturnya.

Leave a Reply