HARI RAYA KORBAN

Umat Islam yang dipilih Allah hampir selesai melaksanakan rukun yang kelima. Kita di Tanah air yang belum berpeluang ke sana sedang merayakan hari Raya korban. Bagi muslimin yang bertaqwa dan mampu, mereka melaksanakan ibadat pada HARI ini sehingga 13 Zulhijjah. Sama ada mereka yang berkorban atau tidak, kita harus memahami konsep korban yang sebenar.

Nabi Allah Ibrahim berkorban jiwa raga, harta, anak, isteri, Tanah air kerana mematuhi perintah tuannya iuait Allah s.w.t.

Pada zahirnya pengorbanan yang kita laksanakan hanya mengorbankan sebahagian dan lembu atau unta atau seekor kibas. ianya berjalan tanpa menyakiti hati apatah fizikal orang yang berkorban, malah ada yang  masih bergelak ketawa semasa haiwan korban disembelih tanpa penghayatan. Bayangkan perasaan jiwa Nabi Allah Ibrahim dan anakanda yang dikasihinya Nabi Ismail a.s semasa detik berkorban dan ingin dikorbannya kerana mamatuhi perintahNya. Ramai tidak menhayatinya semasa darah haiwan mengalir ke bumi!, malah ada yang hanya membayar sejumlah bayaran korban dengan pesnan supaya daging korban diuruskan oleh urusetia korban tanpa kehadirannya pada majlis ibadat tersebut untuk menghayati pengorbanan yang dilaksanakan.

Hikmah yang perlu kita kutip daripada ibadat sunat muakad itu sebenarnya lebih kepada pengorbanan diri melaksanakan ketaatan kita kepada Allah. Pengorbanan masa seronok bersama keluarga pada hari raya kita tinggalkan sekejab untuk mengadiri diri pada majlis korban. Mengorbankan masa bersama keluarga dan rakan taulan untuk hadir ke surau atau masjid untuk solat fardu berjamaah serta bertakbir raya. Mengorbankan sedikit masa santai untuk berzikir, membaca dan tadabbur alquran. mengorbankan sebagai masa tidur yang mengasyikkan untuk berqiamulai, berkorban seringgit dua meninggikan syiar Allah atau membantu keluarga atau yang memerlukan. Mengorbankan sedikit masa untuk perjuangan Islam. Mengorban nafsu makan dengan makan sekadar untuk beribadat. Mengorbanan sifat ego, mazmumah, nafsu amarah dan semua yang negatif untuk menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Dan banyak lagi pengorbanan yangboleh kita perolehi jika kita hayati ibadah korban dengan situasi masa dan zaman

Leave a Reply