HARI INI SEMUA JEMAAH BERGERAK KE ARAFAH

Sejak tahun lepas jemaah bergerak ke Mina kemudian ke Arafah untuk berwukuf, sebelum ini jemaah terus ke Arafah. Hari ini merupakan hari Tarwiyah, bermulanya berihram, berniat dan bergerak untuk wuquf dengan menjaga segala pantang larang semasa mengerjakan. Berwukuf nanti merupakan kemuncak ibadat haji di mana pada hari tersebut doa dimakbulkan dan doa dihapuskan. Tempat dan masa yang paling makbul doa hambaNya bermula selepas solat fardu zohor sehinggalah waktu Maghrib. 100 % masa digunakan untuk menumpukan ibadat kepada disertai dengan doa. Amat malang sekali apabila kita perhatian sebahagiannya tidak mengambil peluang keemasan ini. Kumpulan ini hanya menghabiskan masa dengan tidur berbual kosong atau merayau-rayau! puncanya kerana tiada persiapan rapi semasa hendak mengerjakan ibadat ini menyebabkan mereka tidak memahami peri teramat penting pengisian semasa berwuquf yang mengambil masa yang singkat sahaja.
Bagi mereka yang membuat persiapan rapi mengguna semaksima mungkin masa berwuquf dengan pengisian solat fardu berjemaah memperbanyak solat sunat muakad dan bukan muakad, tadarus al Quran, berzikir, berdoa, menghadiri majlis ilmu dan sebagainya sehinggalah bertolak untuk mabi’ di Muzdalifah sebelum bertolak ke Mina. Untuk saudara yang akan mengerja ibadat haji di masa mendatang buatlah persiapan dari sekarang dengan amalan-amalan hari serta mendapat maklumat bekaitan ibadat haji dari mereka pernah mengerjakan ibadat tersebut sebagai persiapan untuk mendapat haji yang mabrur. Ingat! apa yang ingin diamalkan di sana nanti, biasakanlah amalkan dari sekarang terutama berkaitan dengan ibadat harian. Semoga semua dikurniai haji yang mabrur untuk jemaah haji 1435H ini. Kepada muslimin dan muslimat di Tanah air selamat berpuasa sunat hari Arapah dan perbanyakkan amalan harian. Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha, Maaf Zahir dan Batin.

Leave a Reply