HARI INI BERMULA LAGI BULAN HAJI – 01 ZULKAEDAH 1438H

ALHAMDULILLAH, dengan rahmat Allah musim haji datang lagi. Sekarang ini antara topik perbualan terhangat di masjid adalah siapa yang dapat pergi haji, siapa yang tidak. Ada pertanyaan seperti, “di kampung kita ini berapa orang dapat pergi?”
Mudahan hambaNya yang direzekikan untuk melaksanakan rukun Islam ke 5 dianugerahi haji yang mabrur. Proses Ibadat haji akan melalui 3 proses iaitu:-

PRA- HAJI
SEMASA HAI
PASCA- HAJI

Pra-haji merupakan fasa yang paling utama sebelum perlaksanaan haji yang sebenar dengan diikuti dengan pasca-haji. Pasca- haji melibatkan semua hambaNya yang mempunyai keinginan untuk menunaikan ibadat haji. Perlaksanaan pasca- merupakan fasa yang penting sebagai persediaan untuk menunai haji yang membawa kepada amalan pasca-haji. Pasca-haji merupakan persediaan setiap bakal haji, tidak kiralah mereka akan menunaikan ibadat haji pada musim ini, tahun depan atau beberapa tahun lagi. Semakin awal kita membuat persiapan untuk melaksanakan ibadat haji ianya akan memberi kelebihan apabila tiba masanya kita mendapat panggilan untuk menunaikan ibadat haji. Persiapan pada pra-haji merupakan amalan-amalan yang kita laksanakan secara istiqamah akan menjadi pemakin kepada ibadat kita apabila kita melaksanakan ibadat haji nanti. Amalan-amalan semasa pra-haji merupakan pengisian amalan semasa kita menjalan ibadat haji nanti. Sebagaimana kita sedia maklum rukun haji selain daripada niat haji, merupa perbuatan yang pasti dapat dilaksanakan oleh semua orang kecuali uzur yang amat kritikal ( tidak sedar diri , kerana selain itu pihak TH akan berusaha memastikan semua jemaah akan berada di padang Arafah) , rukun tawaf (pergerakkan mengelilingi Kaabah), rukun sae’ (perjalanan berulang alik dari bukit sofa ke marwah), Selain itu perkara wajib haji seperti melontar di jamrah dibolehkan diupah atau bayar dam. Pra haji merupa detik penting sebelum kita pergi menunaikan ibadat haji. Amalan-amalan yang istiqamah yang kita laksanakan di tanah air sebelum ke Makkah merupakan pelengkap sebagai pengisisan semasa kita melaksanakan rukun haji. Rasanya semua yang pergi menunaikan fardu haji dapat melaksana semua rukun-rukunnya seperti tawaf (berjalan mengelilingin Kaabah), Sa’e (berjalan dari bukit safa dan marwan), wukuf di Arafah(bermabit/berada di sana pada tarikh dan masa yang tertentu), seterusnya bertahalul dan melaksanakan wajib haji(boleh diupah atau membayar dam jika ada uzur syarie di samping memastikan segala pantang larang sepanjang menunaikan haji dipatuhi. Selain niat haji, kita hanya mengambil masa beberapa waktu sahaja untuk melaksanakan tawaf haji,begitu juga sa’e haji dan juga wukuf. Namun ruang waktu semasa dan di antara perlaksanaan rukun merupakan amalan yang mesti kita isikan sebagai nilai tambah kepada kesempurnaan ibadat haji. Ini kerana amalan-amalan yang laksanakan sepanjang kita berada di sana sama ada sebelum melaksanakan rukun haji, semasa melaksanakan rukun haji dan selepas melaksanakan rukun haji merupakan amalan-amalan yang akan kita amalkan secara istiqamah selepas kita pulang ke tanah air nanti. Amalan-amalan semasa, sebelum dan selepas melaksanakan rukun haji merupakan amalan yang akan kita amalkan secara istiqamah apabila selesa mengerjakan ibadat haji sehinggalah kita dipanggil menemuiNya.
Amalan yang kita laksanakan semasa mengerjakan ibadat haji merupakan amalan yang akan/telah menjadi rutin sebelum, semasa dan selepas ibadat haji.
Di antara amalannya ialah-
Solat berjemaah di masjid lima waktu secara istiqamah
Solat-solat sunat di antaranya-
rawatib, wuduk, taubat,tasbih, tahajud,hajat, awabin, dhuha,witir dan sebagainya.
Zikir – selepas solat, zikir pagi dan petang, serta zikir-zikir yang disunnahkan
Doa- semua doa yang melibatkan setiap pergerakan kita seperti doa makan, doa masuk dan keluar tandas serta berbagai doa yang mengiringi kehidupan kita seharian.
Tadarus dan tadabbur alquran secara istiqamah setiap hari.
Menghadiri majlis ilmu/ menyampaikan ilmu sekiranya mampu mengikut keupayaan masing-masing.
Sedekah/infaq
Bersama dalam apa jua gerakan yang ingin menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini
dan
apa saja amalan yang menjadi sunnah perlu diamalkan secara istiqamah.

Kepada Semua tetamu Allah 1438H mudaha dikurniakan haji yang mabrur.

Terlalu rindu untuk ke sana lagi.

Leave a Reply