HARI INI 14 RAMADHAN – KENA BUAT PECUTAN AMALAN

Esok sudah sampai separuh Ramadhan. Masa begitu cepat bergerak. Kira-kira lima hari lagi kita akan masuk fasa terakhir dari tiga fasa iaitu 10 Ramadhan terakhir yang di dalamnya terdapat SATU malam yang bersamaan dengan SERIBU BULAN iaitu malam yang harapkan oleh semua hambaNya ang berpuasa. Malam lailatul qadar. Untuk menemuinya bukanlah suatu yang mudah, namun dengan rahmatNya ianya tidak mustahil. Ia merupakan hasil amalan kita sepanjang tahun dari selesainya Ramadhan yang lalu sehingga kini dengan tambahan pecutan 10 malam terakhir yang bersungguh-sungguh melawan kemalasan yang menjadi penghalang untuk melaksanakan amalan secara istiqamah. Keingin untuk beramal serta bersunngguh-sungguh melaksanakan amalan secara istiqamah merupa ubat kepada jayanya pecutan yang akan kita laksanakan. Ayuh! bergeraklah ke arah itu tanpa menoleh ke belakang!

Leave a Reply