Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa-Setiap amalan perlu kepada ilmu

Kepada yang baru berjinak dengan puasa ISNIN dan KHAMIS esok(17 Okt)bersamaan 12 Zulhijah adalah hari yang diharamkan berpuasa. Bermula minggu hadapan mulailah dengan penuh istiqamah sehingga Ramadhan 1435H. Jika diamalkan bermakna kita berpuasa 4 bulan(1/3 tahun) dalam setahun. Mohon Allah jauhi sifat mazmumah dan diganti dengan sifat mahmudah agar setiap amalan kita mabrur.

D iantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
Seperti puasa selama setahun
2. Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
4. Puasa pada bulan Muharram
Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
5. Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6. Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
Menghapuskan dosa setahun yang lalu
Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari
selepas.
Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut
dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya
hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada
segala dosa

Di antara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar dan sentiasa mengamalkan puasa Isnin dan Khamis)

Di antara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. finger family - Trackback on 2016/06/23/ 02:21
  2. Children - Trackback on 2016/09/03/ 02:58
  3. thanksgiving place cards - Trackback on 2016/10/16/ 16:14
  4. chevrolet trax - Trackback on 2016/11/06/ 18:16