Hari Bertuah

Cuti pada minggu(Sabtu) ini diisi dengan aktiviti keagamaan. Jam 1030 acara praktikal amalan sunnah pimpinan Tuan Guru Ustaz Hj Yaacub Lubis diadakan di rumah sarjan Asmat. Acara Tahtim dan kafiah Surah Yassin dan doa, tahtim arwah dan doa, Asma ulhusna dan doa serta doa penutup. Aktiviti disambung dengan mendalami ilmu tauhid dan solat Zohor serta asyar berjemaah. Majlis berakhir pada jam4.00 petang. Mudah-mudahan majlis tersebut diberkati dan beri pahala oleh Allah s.w.t. Sebelum tuan Guru hj Yaacub Lubis singgah di rumah dan sempat berbincang tentang perkembangan Islam di Sabah bersama rakan sepengajian (Pak Harun dan Ahmad Md Saat) kira satu jam. Seorang yang tinggi ilmu agamanya dan amat dihormati mengunjungi rumah.Mudah-mudahan Alllah memberi keberkatan kepadakami dan ahli bait.

Leave a Reply