HARAP FENOMENA RAMADHAN AKAN BERUBAH PADA TAHUN INI

Ummat Islam diseluruh Malaysia akan mula berpuasa esok Sabtu 21/7/2012.

Pada awal2 minggu pertama dan kedua, satu senario yang saban tahun kita lihat di masjid dan surau akan dipenuhi oleh muslimin/muslimat untuk besama-sama solat berjemaah (solat fardhu, tarawikh dan witir).

Kita bangga melihat rumah-rumah Allah sentiasa meriah bukan saja untuk bersolat tapi byk tazkirah diadakan selain jamuan menjamu selera sumbangan dari mereka yg bermurah hati untuk bersedekah.

Namun kemeriahan ini tidak lama. Menjelang masuk malam ke16, surau dan masjid lazimnya akan mula berkurangan. Dari suasana penuh sesak, keadaan akan menjadi setengah saf saja. Itu tidak dikira ramai makmum yg solat lapan rakaat saja.

Seterusnya malam ke 20 hingga ke 27, senario mungkin kembali seperti awalnya mungkin ada yang mahu mencari kedamaian ‘malam Lailatul Qadar’. Malam seribu bulan yang diharap2kan dalam kita menggapai rahmat Allah SWT….

Selepas malam dua puluh tujuh hingga akhirnya, lazimnya surau dan masjid kembali pada asalnya. Nak cari satu saf pun susah, alasannya ramai yang dah mula balik kampung…..!!!

Apapun selamat menjalani ibadah puasa dari saya sekeluarga semoga ibadah kita diterima Allah swt jua…

Leave a Reply