HARI INI

Hari ini HARI ISNIN. Hari ini banyak amalan sunat yang digalakkan kita laksanakan. Jika tidak mampu untuk laksanakan semuanya, laksanakan mana-mana yang mampu kita laksanakan.Seperti juga dalam alam kehidupan, jika kita bekerja lebih masa (OT)maka upahnya pun sudah pasti lebih. Begitu juga dalam amalan seharian, jika laksanakan suruhan selain yang difardukan, maka pahala ya pasti berganda. Malah Allah dengan MAHA PENGASIHNYA Allah ada banyak ganjaran sampingan yang dikurniai di dunia lagi. Apatah lagi ganjaran di akhirat nanti. Di antara amalan sunnah yang digalakkan diamalkan pada hari ini ialah:
i. Puasa sunat Isni
II.Solat sunat
Wudhuk
Taubat
Tasbih
Tahajud
Hajat
Witir
Isra’
Dhuha
Rawatib
Awabin
Tahayyatul masjidi
Solat berjemaah 5 waktu di masjid/atau surau
Zikir-zikir waktu pagi dan petang atau dan sepanjang masa
Berdoa apabila ingin atau sesudah melakukan sesuatu kerja atau perbuatan atau berada ditempat tertentu
Sedekah
Berada di Raudhah(majlis ilmu)
Tadarus dan tadabur al Quran
Berdakwah (sekurangnya keluarga terdekat atau kawan-kawan walaupun satu ayat,satu hadis atau satu doa)
Mendoakan keampuan untuk kedua ibubapa, keluarga dan sauadaral
Semuslim.
Berdoa(apa saja dan untuk diri dan SIAPA sahaja yang baik-baik yang diluar daripada pengetahuan orang yang kita doakan itu)
Dan, dan,dan,,,,,,…..
Amalkan semuanya atau sebahagian hari ini. Adakah kita tangguh dulu dan akan dilasakan esok, minggu depan,bulan depan, tahun hadapan (jika yaki masa yang kita tangguh itu kita masih hidup dan sihat sejahtera) atau tungu umur pencen? Atau sudah cukup DENGAN amalan yang difardukan sahaja? Sekiranya amalan yang difardukan sudah memadai mengapa pula banyak amalan yang disyorkan dan yang menjadi amalan Nabi sallahu’alai wasallam.
Kalaulah sunat itu tidak perlu mengapa ramai yang berabih wang ringgit untuk mengerjakan ibadat umrah juga sunat sebagai amalan sunat lain? Apakah kita ingin laksanakan sebagian dan meninggalkan sebahagian yang lain? Kita bagaimana? Apakah amalan sunnah yang kita sedang dan akan kita laksanakan hari sebagai anda cinta kita pada Rasul sallalahu’alaiwasallam.janganlah kita sebahagian daripada mereka beramal secara tepilih atau langsung tida mengamalkannya. Selamat meneruskan amalan secara istiqamah dan bagi yang Belum bermula, amalkan secara bertatih secara istiqamah dan cari kemanisan dalam beramal. Kemanisannya melapaui manisnya madu.

Leave a Reply