HANYA PERLU TAMBAH KURANG 30 SAAT!

Solat merupakan satu kefarduan. Setiap amalan fardu sudah pasti kita inginkan amalan kita diterima dan amalan tersebut biarlah yang terbaik. Untuk kita perlu korbankan sedikit masa kita untuk melaksana solat yang terbaik kalau tidak mempunyai masa yang lebih panjang untuk itu. Bermula dengan tambahkan 30 saat untuk zikir dan doa sebelum takbirratulihram, tambahkan 30 saat untuk membaca doa iftitah yang lengkap sebagaimana bacaan yang menjadi amalan Rasulullah sallahu ‘alaiwasallam, tambah 30 saat untuk membaca surah selepas surah al Fatihah pada solat fardu Zohor dan Asar, tambahkan 30 saat untuk bacaan tambahan semasa rukuk, tambah 30 saat semasa ‘itidal sebelum turun sujud, 30 saat bacaan atau doa semasa sujud, tambah 30 saat untuk berdoa semasa duduk di antara dua sujud dan tambah 30 saat di penghujung tahiyat akhir sebelum nemberi salam dan tambah 30 saat untuk doa semasa memberi salam kiri dan kanan. Hanya 30 saat atau kurang daripada itu!

Leave a Reply