HALO ! HALO DAN HALO

Sekarang sudah pertengahan Rajab, Saaban bakal menjelma dan Ramadhan bakal mengetuk pintu. Bagaimana dengan amalan kita sehingga kini. Masih bertahan dengan dengan amalan secara istiqamah sejak sebulan lalu atau setahun lalu? Masih bertahankah kita dengan solat berjmaah lima waktu, masih bertahankah kita dengan qiamulai, masih bertahankah kita tadarus al Quran secara harian, masihkah membelek-belek naskah tafsir untuk bertadabbur walaupun seayat dalam sehari, solat-solat sunat yang menjadi amalam para ambia’ dan solehin masihkah menjadi amalan kita, bagaimana dengan puasa Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu? masih menjadi amalan secara istiqmah? Alhamdulillah seandai masih bertahan dan sentiasalah memohon kepadaNya agar kita terus diberi kekuatan menghampiriNya secara istiqamah. Halo! Halo! Halo! tambahlah amalan tambahlah aksesorinya. Carilah kemanisan dalam beramal dan sentiasa ‘upgradekan’ amalan kita.

Leave a Reply