HALANGAN UNTUK MENCAPAI PUASA YANG MABRUR!

Kita semua berpuasa. Namun berapa ramai yang mendapat puasa yang mabrur. Apa yang pasti ramai yang hanya dapat lapar dan dahaga atau terlepas daripada kewajipan berpuasa (tidak berpahala). Untuk mengapai puasa yang mabrur bukanlah suatu yang mudah, namun tidak mustahil jika kita bersungguh untuk mencapainya. Kena sentiasa ingat bahawa puasa kita untuk ALLAH. Sanggupkah kita laksana sambil lewa? sedangkan apa sahaja untuk diri sendiri kita ingin yang terbaik (tip top). Kita dapati sebahagian besar mereka yang berpuasa amat rajin solat sunat, berzikir, tadarus, tadabbur, bersedekah, hablul minannas dan sebagainya. Ini merupakan syarat asas untuk melengkap atau menambah pahala atau kesempurnaan puasa kita. Namun, perkara yang paling asas ialah menjaga puasa kita supaya diterima. pahala(tip top) dan akhirnya mendapat puasa yang mabrur. Puasa yang diterimaNya dari seorang hambaNya yang taat.
Untuk itu kita kena bersungguh mengelak dari melakukan atau terjebak dengan perkara-perkara yang menyebabkan puasa kita tidak mabrur. Ianya akan terjadi secara sengaja atau sebaliknya. Di antaranya elakka dari banyak berbicara, kerana apabila kita berbicara akan terhambur secara sengaja atau tidak perkataan atau ayat-ayat yang memang ditegahNya semasa kita berpuasa atau di luar puasa. Apabila kita berbicara biasanya, kita cuba menarik perhatian lawan kita bercakap! nah, waktu inilah syaitan memasukkan jarum untuk mengeluarkan kenyataan yang bombastik supaya sedap didengar, sedangkan ia tidakpun pernah kita lakukan!. Media masa merupakan senjata utama syaitan terkini. Radio, TV, internet, media massa dan sebagainya menghidangkan kita pelbagai jenis hiburan dan maklumat yang melalaikan serta yang tidak bermanfaat yang boleh menjurus kepada dosa. Ap-abila berdosa, maka di manakah pahala puasa kita?. Apabila puasa tidak berpahala di manakah kemabruran puasa kita?Kita amat bernasib baik sekiranya puasa kita masih diterima! kalau ditolak ? Apa akan jadi?. Media elektronik misalnya menghidangkan hiburan dan cerita yang mendedahkan kepada lakonan pelakon yang mendedah aurat serta adingan yang yang membawa kepada ‘zero’ pahala kita. Itu hanya satu contoh dalam banyak contoh yang membawa kita ‘zero’ pahala puasa puasa. Banyak bergerak di tempat awam boleh mendedah kepada pandangan dan perlakuan yang boleh mengurang pahala puasa kena elakkan dengan bersungguh-sungguh. Beramal dengan pelbagai yang disunnah merupakan satu keutamaan. namun,kita kena pastikan rukun, syarat dan cara amalan kita hendaklah menepati syariat yang ditetapkan. Buka sekadar ikut-ikutan dan syok sendiri dengan beramal tanpa ilmu. Inilah di antara masa yang terbaik untuk mendalami ilmu berkaitan dengan ibadah seperti mendalami hukum tajwid supaya bacaan kita betul dan tepat serta mendapat pahala. Begitu juga ilmu-ilmu berkaitan dengan solat-solat serta zikir-zikir, supaya amalan kita tepat dengan kemahuanNya dan berkualiti.

Leave a Reply