HALANGAN DALAM MELAKSANAKAN AMALAN SUNAT!@

Amalan sunat merupakan amalan rutin bagi para solehin. Amalan merupakan pelengkap kepada amalan fardu untuk kita kekal istiqamah dalam amalan kita samada amalan harian, mingguan, bulanan dan amalan TAHUNAN. Adakah memadai sekiranya kita solat fardu sahaja dan laksanakan yang rukun sahaja? Puasa hanya sebulan dalam bulan Ramadhan dengan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tanpa melaksanakan amalan sunat yang lain! Itu sahaja kehidupan kita! Memang itulah di antara amalan wajib yang difardukan. Namun perlu kita sedari terdapat terlalu banyak amalan atau suruhan yang digalakkan sama ada melalui al Quran atau hadis Nabi Sallallahu ‘alaiwasallam dan amalan ini menjadi amalan Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam dan diikuti oleh para sahabat, tabie, tabie- tabie dan para orang-orang yang soleh. Ini menggambarkan bahawa amalan sunat merupakan pelengkap kepada amalan yang difardukan yang perlu diamalkan secara BERSUNGGUH1-sungguh dan istiqamah sekiranya kita juga ingin menjadi hambaNya yang soleh.
Namun halangan untuk melaksanakan bukan sebarangan! Sebagai contok, kita ingin laksanakan solat sunat rawatib sebanyak 12 rekaat sehari ( 2 sebelum solat Subuh + 4 sebelum solat Zohor + 2 selepas solat Zohor + 2 selepas solat maghrib dan 2 selepas solat isyak) yang mana Allah janjikan sebuah mehligai di syurgaNya. Halangannya ialah bilalnya tidak memberi ruang yang mencukupi untuk melaksanakan solat ini dengan selesa. Ini menyebabkan tidak ramai yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meraihnya walaupun sekurangnya seminggu sebuah mahligai. Bagi mereka yang ingin melaksanakan solat witir selepas solat sunat isyak’ agak terbantut jika kekuatan iman masih lemah kerana siak( orang yang diamanahkan menjaga masjid) telah mematikan lampu masjid tersebut! Untuk menggapai pahala seperti haji dan umrah dengan kita berada di masjid dari selepas Subuh hingga waktu dhuha mendapat halangan apabila siak masjid ingin menutup pintu masjid dan akan dibuka setelah hampir waktu Zohor. Ramai orang yang tidak mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis menyebabkan kita rasa tercabar untuk kita secara berseorangan untuk mengamalkannya. Alasan kesibukan dan aktiviti sampingan menjadi penghalang kepada kita untuk berzikir, bertadarus,tadabur dan menghadiri majlis ilmu. Dan banyak lagi! Jika kita berjaya melanggar halangan ini isyaAllah kita akan berjaya istiqamah dalam amalan sunat kita. Bertempurlah untuk mengalahkan halangan tersebut secara bersungguh-sungguh dan kalahkan satu persatu serta jangan sesekali MEMBERI peluang kepada halangan ini untuk bangkit kembali sebagai sifatnya yang bernama ‘HALANGAN’.

Leave a Reply