HAJI MABRUR

Balasannya adalah Jannah. Pada minggu lepas ribuan umat Islam seluruh dunia mula bergerak ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji bagi menyempurnakan rukun Islam ke-5. Semua yang menuju ke sana menginginkan haji yang mabrur. Untuk mendapatkan haji mabrur bukan suatu hal yang mustahil sekiranya kita benar bersedia dan benar inginkannya. Kemustahilan berlaku sekiranya kita tidak bersungguh untuk mengapainya. Allah MAHA PEMURAH dengan rahmatNya jika bersungguh-sungguh menghambakan diri kepadaNya. Proses untuk mencapai haji yang mabrur seharusnya bermula daripada apabila kita berniat ingin mengerjakan ibadat tersebut. Walaupun dalam izinNya perubahan berlaku juga semasa berada di sana. Namun, perkara ini tidak mudah diperolehi oleh semua jemaah haji. Asasnya proses itu bermula dari diri kita sendiri dan seawal kita berniat mengerjakan haji lagi. Apabila kita berniat ingin mengerjakan haji, kita seharusnya meletakkan matlamat untuk mendapat haji yang mabrur. Untuk mendapatnya kita perlukan ilmu, dengan ilmu kita dapat mengetahui ciri haji mabrur dan amalan-amalan yang perlu kita lakukan supaya matlamat kita tercapai.
Ibadat haji merupakan kerja(perbuatan) kecuali niat di miqat. Pergerakan kita untuk berwuquf di Arafah, bergerak untuk tawaf mengelilingi Baitullah, perjalanan dari bukit marwah ke bukit sofa dan tahlul merupa kerja yang mesti kita laksanakan. Majoriti boleh dilaksana dan yang kurang upaya boleh dibantu dengan berbagai cara selagi fikiran kita waras. Secara umumnya semua berjaya melaksanakan ibadat tersebut, namun semuakah mendapat haji mabrur? Kemabrurannya hanya Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI. Namun, secara mata kasarnya dapat dilihat oleh umum apabila kembalinya jemaah ke tempat asal. Apakah amalan berjemaah di sana masih ada kesinambungannya di sini? Solatnya bagaimana? statik atau sudah ada tambahan aksesori pada solatnya dan penambahan amalan solat sunat?Puasanya adakah cukup dengan puasa Ramadhan atau ada penambahan dengan puasa sunat secara istiqamah? Qiamulainyanya bagaimana? istiqamahkah atau kadang-kadang? segala amalan selepas ibadat haji merupakan amalan yang mengambarkan calon syurga. Bagai untuk meraihnya? ……….

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Tulsa Website Design - Trackback on 2016/09/21/ 17:13