HAJI MABRUR – Persiapannya

Persiapan untuk menggapai haji mabrur hendaklah bermula daripada semasa kita berniat melaksanakan rukun kelima. Langkah pertama ialah menuntut ilmu berkaitan dengan amalan-amalan harian. Untuk mempelajari rukun haji tidak memerlukan masa yang lama, namun amalan-amalan sebelum, semasa dan selepas menunaikan ibadat haji memerlukan ilmu supaya mendapat kesumpurnaan amal kita. Ilmu fardu ain merupakan asas yang penting dalam melaksanakan setiap amalan sama ada amalan yang fardu atau sunat. Dalam melaksana solat, kita bukan mengetahui hukumnya tapi perkara asas ialah bacaan dalam solat mestilah tajwidnya betul. Apa lagi zikir yang paling dituntut ialah tadarus al Quran. Tadarus yang meraih pahala ialah bacaan yang tertil dan betul tajwidnya. Secara ringkasnya ialah belajar al Quran merupakan fardu ain bagi kita. Seterus ialah amalan aksesori secara istiqamah seperti qimualai dengan amalan solat sunat.Dimulai dengan solat sunat wuduk, solat sunat taubat, solah sunat rawatib, solat sunat tahajjud, solat sunat hajat dan sebaginya dan ditutupi dengan solat sunat witir. Pada siang hari di mulai dengan zikir pagi, solat sunat dhuha, mencari rezeki yang halal diakhir dengan zikir petang tanpa meninggalkan sunat rawatib dan ditambah dengan solat awabin sementara menunggu solat Isyak. Ajarlah kepada orang lain ilmu yang ada walaupun satu ayat. Bolehkah kita menjadi guru di Makkah dan Madinah? boleh…….

Leave a Reply