HAJI MABRUR -Amalan Tambahan(Aksesori)

Amalan-amalan tambahan(aksesori) merupakan pelengkap untuk menguatkan lagi mendapat haji yang mabrur. Amalan tambahan boleh mendekatkan kita kepadaNya disamping mengyahkah sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Sifat ini hanya dapat diklorokkan dengan amalan tambahan tersebut. Nampaknya mudah, tetapi untuk mengamalkan secara istiqamah tidak ramai yang berhasil!. Jika kita perhatikan jemaah di sana, ramai yang membuang masa merayau-merayau untuk “window shopping” di sekitar Masjidil Haram atau Madinah. Barang-barang yang dibeli kadang tidaklah satu keperluan, tapi sekadar memuaskan nafsu sahaja. Bolehlah sekali sekala membeli belah untuk keluarga dan sahabat handai. Rasanya cukup 2 atau tiga kali ke sana, itupun sebaiknya selepas solat zohor sementara menunggu waktu solat asar yang biasa bersambung sehingga isyak. Mulakan amalan bermula selewatnya jam 3.00 pagi untuk qiamulai di Masjid Nabawi atau semasa di Makkah sehingga waktu Dhuha dan bersarapan serta tidur sekejap untuk amalan seterusnya. Sebaiknya janganlah tinggalkan amalan puasa Isnin dan Khamis kecuali semasa wuquf di Arafah yang tidak membenarkan Jemaah haji berpuasa. Banyakkan berdoa semasa di Raudah, semasa tawaf dan saer. Kemuncaknya semasa wuquf di Arafah, habiskan zikir-zikir yang disyorkan sehinggalah masuknya waktu berdoa yang paling mustajab. Jangan biarlah masa yang lopong(vacuum) semasa wuquf, isilah dengan bacaan al Quran(sebaiknya katam sekali semasa wuquf). Dugaan dan gangguan syaitan semasa di wuquf juga sampai di kemuncaknya, apabila kita melihat ramai jemaah yang melepaskan peluang semasa wuquf dengan tidur, berbual kosong atau bersiar-siar. Dicadangkan hafallah asma ul husna atau sediakan di Hp pintar atau kertas untuk mengiringi setiap kali kita berdoa supaya doa kita lebih mustajab. Solat sunat seperti taubat, rawatib, dhuha jangan ditinggalkan. Perhatikan bacaan al quran jemaah di belah kita semasa di dalam masjid dan perbetulkan bacaannya jika dapati bacaannya salah. Ramai juga jemaah haji yang perlu bantuan terutama jemaah senegara dan negara jiran. Nah, anugerahNya yang kita juga dapat menjadi guru di sana walaupun membetul satu ayat al quran. …..

Leave a Reply