HAJI MABRUR – Amalan Semasa Mengerjakan Haji

Setelah kita menggali ilmu berkaitan haji dan amalan yang semesti kita realisasi sebelum dan semasa menunai fardu haji. Amalan yang akan kita laksanakan di Madinah dan Makkah adalah kesinabungan amalan kita sebelum kita ke sana. Amalan qiamulai, puasa sunat, solat sunat dan sebagainya boleh ditambah semasa di sana kerana tumpuan kita 100% untuk beribadat. Selalu awal ke masjid terutama sekiranya ada ruang terus berada di Raudah. Banyak doa-doa semasa di sana, sebolehnya semasa di Madinah selama 8 hari dapat katam al Quran dan sekurangnya 2 atau tiga kali semasa di Makkah yang kita bermukim lebih sebulan. Jangan lepaskan peluang zikir dan doa semasa tawaf dan saer. Kemuncaknya semasa wuquf di Arafah. Perbanyakkan zikir yang disyornya dan ambillah peluang waktu doa yang paling mustajab. Kalau kita perhatikan ramai di kalangan jamaah melepas peluang ini dengan berbual kosong, tidur dan merayau-rayau. Alangkah ruginya kerana doa di Arafah adalah masa dan tempat yang makbul doanya kerana samasa Rasulullah S.A.W wuquf, Allah wahyukan bahawa doa jemaah haji pada tahun itu diterimaNYa. Bacalah buku=buku berkaitan ibadat haji di antara yang dicadangkan ialah “TREVELOG HAJI” dan “HAJI MUDA”.

Leave a Reply