HAFAL DAN AMALKAN SETIAP DOA HARIAN

Dalam kehidupan seharian terdapat banyak doa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ramai daripada kita memandang remeh doa-doa tersebut. Apabila kita mempunyai sikap dan betpandangan demikian, maka keinginan untuk menghafal dan mengamalkan doa tersebut tidak ada. Malah kita menganggap ianya satu hal sukar untuk menghafalnya. Itulah pandangan umum berdasarkan pengalaman sendiri!. Sikap tidak ingin mencuba menyebabkan amalan kita begitu-begitu sahaja. Asyik dengan doa dan zikir yang sama sahaja. Tidak ada sebarang perubahan sebagaimana kelmarin atau hari-hari yang lepas. Sikap dan anggapan ini perlu dikikis di minda kita jika kita ingin berubah supaya iabat kita sentiasa Ada nilai tambah dan sentiasa ” up to dated”. Cuba anda hafal satu doa iaitu doa selepas wuduk. Selepas kita berjaya menghafalnya, cuba kita amalkan secara istiqamah dalam masa seminggu setiap kali selepas kita berwuduk! Apakah perasaan kita ? Tentu kita meresa lebih yakin dengan wuduk kita dan merasai wuduk yang lebih lengkap apabila kita sudahi dengan doa wuduk. Seterusnya kita hafal doa lain pula seperti doa bangun dari tidur dan amalan untuk seminggu sebaik sahaja terbangun dari tidur! Bagaimana peranan kita? Hafal lagi beberapa doa yang ringkas dan amalkan secara istiqamah! Pasti anda akan merasai keyakinan dalam diri kita yang sebenarnya kita boleh! Boleh menghafal dan mengamalkan jika kita mencubanya. Tanggapan dan keyakinan dalam diri kita merupakan penghalang kepada kita memulakan sesuatu. Cubalah sekarang juga!Paling minima dalam sebulan kita hafal dan amalkan satu sahaja doa! Bagaimana? Tunggu dulu? Bila lagi kalau bukan sekarang ! Mahukan anda merasai kemanisan dalam amalan? Jika ya! Mulailah dengan yakin Allah akan membantu kita. InsyaAllah .

Leave a Reply