HADITH

Inspirasi pagi ini. Hadith itu ada tiga jenis;
a. Hadith Qauli iaitu kata-kata langsung Nabi Muhammad s.a.w.
b. Hadith Fi’li iaitu perbuatan Nabi s.a.w. yang diperhatikan dengan jujur oleh para sahabat rhm dan disampaikan kepada generasi terkemudian sebagaimana ia disaksikan.
c. Hadith Taqriri iaitu respon atau sikap Nabi s.a.w. terhadap sesuatu persoalan, baginda tidak membantah atau menegah bermakna ia adalah harus (boleh) dilaksanakan atau terserah kepada keadaan dan mengikut pertimbangan waras diri sendiri.

Ini menunjukkan bahawa ilmu itu sepertiga adalah daripada mulut murabbi (guru), sepertiga daripada contoh teladan dan sepertiga adalah daripada pertimbangan murid. Jika hanya mengharapkan seratus peratus mulut guru maka jadilah kita seumpama pahat dan tukul atau jumud dalam menuntut ilmu. Wallahua’lam.

dIPETIK DR
www.facebook.com/abunafisah1971?sk=wall

Leave a Reply