HADIRILAH MAJLIS ILMU WALAUPUN KITA RASA SUDAH TAHUN

Sejak akhir-akhir ini banyak program ilmu khusus ya berkaitan dengan ilmu agama. Ianya dianjurkan oleh berbagai pihak, iaitu masjid,surau, badan-badan agama, NGO dan sebagainya. Kadang-kadang topik dan isi pengajiannya sama atau diulang. Ini biasa berlaku bagi kebanyakan penceramah atau Ustaz yang baru berkecimpung dalam bidan dakwah. Penerbitan buku-buku, artikal, majalah berbentuk keagamaan yang banyak di pasaran banyak membantu umat Islam dalam mendapat ilmu agama. JADI tidak hairanlah bagi sesetengah penggemar ilmu Akan mendapati kuliah dan ceramah yang dihadiri menyampaikan isi yang sudah dimaklumi.

Pengalaman dan pengetahuan berkAitan janganlah dijadikan penghalang atau alasan untuk tidak menghadiri program keagamaan lebih-lebih memperlekehkan si penyampai. KeHadiran kita ke majlis zikir atau ilmu akan diiringi dengan doa 70 000 malaikat. Majlis ilmu juga dinamakan juga sebagai taman-taman syurga. Kehadiran kita ke majlis tersebut menjadi peneguh kepada pengetahuan sedia ada di samping memperbaharui azam kita dan mengingatkan kita mana-mana amalan yang belum kita laksanakan. Ini akan membantu kita untuk beramal secara istiqamah. Perkara yang paling utama ialah apabila kita menghadiri majlis tersebut, kita Alan menganggap diri kita masih jahil di samping mendalami lagi kefahaman berkaitan sesuatu ilmu. Natijah akhir kita menghindar diri dari sifat riyak. Sifat riyaklah yang biasa akan merosakan segala amalan kita selama ini. Mudah-mudah kita diberi kekuatan untuk menjadi sebahagian dari orang sentiasa mencintai ilmu.

Leave a Reply