HADAPI KESUKARAN UNTUK KEMANISAN IBADAT

Amalan yang bersungguh dan maksima hendaklah dijadikan matlamat dalam kembara menuju alam yang kekal abadi. Untuk mencapai tahap tersebut kita perlu menghadapi kesukaran dan sesiapa yang berjaya melepasi kesukaran tersebut nescaya akan mencapai tahap kemanisan beribadat. Kita mungkin berjaya melaksanakan ibadat fardu seperti solat lima waktu, namun sukar bagi seseorang melaksanakan solat tersebut dengan sebaik mungkin. Menambah aksesori kepada yang rukun secara istiqamah. Menambah bacaan dalam doa iftitah, menambah bacaan dalam sujud, memanbah bacaan dalam rukuk, menambah bacaan dalam tahiyat akhirt,  malah perbuatan mengangkat tangan semasa takbir dan dalam pergerakkan sebagai sunnah secara istiqamah bukanlah suatu yang mudah. Aapatah lagi untuk istiqamah qiamulai, solat-solat sunat seperti dhuha. taubat, wuduk, tasbih, rawatib. awabin dan sebagainya! Apatah lagi tadarus secara tetap setiap hari sekurang -kurang 100 ayat, tadabur seayat dua, zikir yang menjadi amalan Rasul sallallahu ‘alaiwasallam, apatah sedekah dan menolong orang lain, serta mendoakan kebaikan orang lain dan amalan lain yang dituntut olehNya. Se,ua itu sememang sukar terutama untuk memula dan mengekalkan secara istiqamah. JIKA KITA DAPAT HADAPINYA NESCAYA KEMANISAN BERIBADAT PASTI DIKURNIAI olehNya. Untuk menggapai kesejahteraan (SyurgaNya) di akhirat kita kena laksanakan dan atasi kestiap kesukaran. Biarlah secara merangkak-rangkak , namus destinasi mesti capai.

Leave a Reply