Guruku Guru Gaji atau Gergaji

Pencapaian semua ujian sumatif peringkat nasional menunjukan negeri tempatku menabur bakti sentiasa “uncit” (14/14). Memang itulah hasil daripada majoriti guru gaji atau gergaji. Apa itu “guru gaji”. Guru gaji melibatkan semua peringkat dari Pengetuanya, Guru Besar sehingga kepada stafnya. “Guru gaji” adalah sinonim bagi insan yang memohon menjadi guru kerana tiada pilihan.Asal ada kerja ada gaji (walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil lahir kesedaran yang tinggi apabila bergelumang dengan perofesion ini). Motif utama kerja guru gaji adalah gaji. Datang ke sekolah berkala dan sering lewat. Masuk ke kelas sebagai syarat untuk di lihat mengajar (lewat masuk dan awal keluar), tanpa persediaan dan alat, rekod P & P dibuat pada hari Jumaat untuk ditandatangan Pentadbir(kadang berbulan baru buat apabila ada berita lawatan Jemaah Nazir atau pegawai PPD/JPN/KPM), tiada motivasi, mengajar dengan teknik syarahan(kalah Prof. di U), beri kerja banyak-banyak tanpa disemak, murid tidak dikenali, kelas terbiar macam kandang haiwan (inisatif murid sahaja), soalan ujian formatif langsung tiada, ujian sumatif “copy and paste” dan “last minute” sahaja. Soalan memang tiada kesahan (tidak boleh diguna sebagai kayu pengukur). Apabila pencapain merosot, banyak alasannnya. Di antaranya murid tahun ini lemah, malas, kuat bermain, ibu bapa di rumah tidak beri perhatian dan pelbagai alasan yang sama saban tahun, tanpa kajian tindakan berdasarkan kolerasi pearson.Guru gaji ini sentiasa menghitung 25 haribulan dan sentiasa mengeluh tidak cukup duit. Apatah lagi kalau bonus tidak diberi. Kadang-kadang penyata gaji berbaki atau kurang 60 % yang sepatutnya. Pinjam sana, pinjam sini, gali lubang tutup lubang (DIMANAKAH KEBERKATANYA). Jenis yang satu lagi “GURU GERGAJI”. Guru jenis ini asyik gergaji sahaja dengan tuntutan yang tidak munasabah, ambil komisyen setiap sen wang SUWA atau PCG atau PTG. Opsyen BM mesti mengajar Sains atau Matematik supaya dapat 5 atau 10 peratus. Makanan RMT turut disapu, apa saja peruntukan kalau boleh mahu dikongsikan tanpa malu.Itu secara ringkas kenapa negeri ini masih “uncit”.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Business Loans - Trackback on 2016/07/18/ 16:38
  2. malvorlagen - Trackback on 2016/08/12/ 17:24
  3. giá trần xuyên sáng - Trackback on 2016/08/16/ 15:25