GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT

Syaitan tugasnya akan cuba sedaya upaya mencari teman seramai mungkin untuk bersamanya di neraka jahannam. Manusia kafir, munafik sudah pasti akan bersamanya nanti. Usaha syaitan berterusan sehinggalah qiamat menjelma. Syaitan akan memastikan bukan sahaja orang tidak solat akan bersamanya, namun turut berusaha memastikan orang yang mendirikan solat juga tidak terlepas daripada gangguannya agar walaupun seseorang itu solat maka ke neraka juga akhirnya. Ini berdasar ayat al Maun ayat ayat empat dan ayat kelima. Gangguan syaitan bermula apabila masuknya waktu solat fardu. Antaranya, tidak memberi perhatian kepada azan yang dikumandangkan atau menjawabnya sambil lewa sahaja. Pada waktu yang sama terasa berat untuk hadir solat berjemaah atau solat pada awal waktu, dengan hati menyatakan tidak menjadi satu kerugian atau kesalahan jika tidak hadir solat berjemaah, yang penting kita solat.Amat halus gangguan tersebut yang kita rasa itu adalah Fenomena biasa dalam beribadat. Tanpa kehadiran solat berjemaah menyebabkan banyak kerugian bagi kita yang memberi peluang cerah untuk ke syurgaNya. Di antaranya kita akan mendapat pahala 25 kali ganda berbanding solat bersendirian. Kita juga kehilangan untuk mendapatkan solat yang terbaik daripada ahli jemaah yang soleh atau terbaik dalam aspek amalannya. Ini kerana kelemahan kita akan dicover oleh mereka yang terbaik solatnya yang berjemaah bersama kita. Syaitan juga berjaya menghalang kita bersilaturrahim dengan jemaah lain. Pada kebiasaannya kita akan saling bersalaman dan bertegur sapa antara sesama jemaah. Jika ada majlis dan majlis zikir maka, kita akan terlepas daripada berada di Rauhdahnya( majlis ilmu). Pahala langkah ke masjid sudah sifar(0%). Kita tidak dapat doa perjalanan ke masjid, doa memasuki dan keluar masjid, solat tahiyatul masjid(solatkan banyak doa di dalamnya), sunat beriktikaf, fadhilat menjawab azan dan iqamat(jika di rumah, kita kadang amalkan). Mengaminkan doa imam( kebetulan imam yang soleh, doanya senang dimakbulkan). Apabila kita berada di masjid pada kebiasaan kita agak rajin beramal berbanding di rumah. Apabila kita ke masjid untuk berjemaah, maka akan meramaikan lagi jemaah dan ini akan menggerunkan musuh Islam terutama solat fardu Subuh berjemaah. Lihatlah kehebatan tentera Salehuddin al Ayubi menentang tentera salib. Kekuatan Islam tidak hanya keRana senjatanya tapi dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong hambaNya yang sentiasa melaksanakan suruhan dan meninggal laranganNya. Syariah solat berjemaah adalah suruhanNya. Ini gangguan sebelum atau di luar solat apatah lagi dalam solat. Sekalipun kita sering diganggu di dalam solat,tapi janganlah kita memberi peluang kepada syaitan laknatullah ini menganggu kit di luar solat lagi. Perjuangan melawan syaitan hendaklah bermula dari sebelum solat lagi, lawanlah bersungguh-sungguh. Apabila kaki kanan kita berjaya melangkah ke dalam masjid, maka kita telah berjaya berjaya mengalahkannya untuk satu tahap. Lawan tetap lawan sehingga kita berjaya bertakbir bersama imam untuk melaksanakan solat fardu.

Leave a Reply