GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT!

Apabila azan dikumandangkan maka berlarilah syaitan sehingga terceret-beret sejauh tidak kedengaran lagi suara azan. Namun, sebaik sahaja azan selesai dikumandangkan, maka syaitan akan datang kembali dengan menganggu hambaNya yang akan, sedang dan selesai solat. Gangguan yang sering dihadapi yang menyebabkan lalai dan hilang tumpuan dalam solat kita. Syaitan akan masuk ke dalam sanubari kita dengan menjelmakan ingatan kita sama ingatan masa lalu, ingatan yang dijangka akan berlaku atau menfokus situasi semasa. Ingatan demikian-demikian inilah yang melalaikan kita menyebabkan kita hilang fokus terhadap solat yang kita sedang laksanakan. Maka, untuk memadamkan segala memori yang tiba-tiba menjelma semasa kita sedang mendirikan ialah sentiasa mengingati bahawa Allah sangat dekat dengan kita dan apabila muncul sebarang ingitan yang tiba-tiba menggamit, maka ingatlah itu adalah datang dari syaitan yang ingin mengganggu solat kita supaya solat kita tidak diterimaNya kerana kelalai kita. Segerakan doa untuk mengelak gangguan tersebut.

Leave a Reply