GANGGUAN SYAITAN DALAM SOLAT

Gangguan syaitan secara serius bermula apabila kita melafazkan takbirratulihram. Sungguh pun kita diyakini bahawa sudah sah apabila kita niat “sahaja aku solat fardu ….. ” Namun syaitan akan mewas-was kita atau menggalakkan kita panjangkan niat atau lengkapkan niat kita semasa bertakbir supaya kita hilang fokus terhadap niat sebenar kita solat. Ini bermakna kita perlu bersedia sejak daripada takbirratulihram lagi. Fukuskan bersungguh-sungguh bahawa kita ingin mendirikan solat fardu ini atau sunat ini, Jika tahap ini kita berjaya, syaitan terus akan melalaikan kita dengan bacaan doa iftitah yang kita ungkapkan tanpa kita sedar atau menghayati doa iftitah tersebut. Kadang kita hanya tersedar apabila kita sudah membaca Alfatihah. Bacaan doa iftitah tersebut sekadar rutin tanpa kita menghayati bacaan apatah lagi maknanya. Di sinilah sebenar bemulanya kelalaian dalam solat kita iaitu kita membaca doa iftitah dalam situasi yang kita tidak sedar, last-last membaca Alfatihah. Fokuskan bersungguh-sungguh semasa kita membaca doa iftitah walaupun sekadar sunat, kerana ianya akan membawa kita untuk serius dalam melaksanakan perkara yang rukun dalam solat. Seterusnya syaitan akan teruskan usaha supaya kita juga juga lalai semasa membaca surah Fatihah. Kita sedia maklum bahawa bukan sesuatu yang sukar untuk kita menghafal surah Alfatihah dan sepanjang hidup kita inilah di antara surah yang paling banyak kita hafal dan surah yang paling kita lancar. Mungkin Sudah beribu kali kita khatam surah ini dan kita memang sudah mantap dengan pengertian setia ayat yang terdiri daripada hanya 7 ayat. Namaun, tidak ramai yang membaca secara sedar secara satu persatu dengan pengertiannya sama ada di luar atau semasa solat. Allah menjawab setiap ayat yang kita baca dalam solat(rujuk tafsir al fatihah oleh Ibnu Katsir))Adakah kita membaca setiap ayat dan menyedari dijawab olehNya.Syaitan akan sedaya upaya akan menghalanginya supaya kita solat dalam keadaan lalai walaupun mungkin pada awalnya kita berjaya mengalahkannya supaya kita tidak solat. Kita berjaya melaksanakan solat tapi dalam keadaan lalai. Di dalam situasi begini sebenarnya lebih merbahayakan kerana kita merasakan kita telah mendirikan solat, namun sebenarnya solat kita tidak bermutu atau langsung ditolakNya.Fokus adalah kunci utama dalam solat kita dan ianya bermula dari masuk waktu solat(apabila azan dikumandangkan).Kita kena fokus dalam setiap perkara sama ada ianya rukun atau sunat.Sehinggalah salam.

Leave a Reply