GANGGUAN SYAITAN DALAM BERIBADAT

Kesungguhan syaitan mengajak manusia supaya bersamanya di neraka jahanam tidak terbatas kepada halangan serta hasutan supaya tidak melaksanakan perintahNya dan menggalakkan untuk melakukan kederdakaan serta maksiat. Peranan syaitan melangkaui semua itu sehinggalah gangguan-gangguan kepada ahli ibadat semasa mereka melaksanakan suruhanNya. Gangguan meliputi ketika seseorang itu sedang solat atau sedang berpuasa. Gangguan yang melibatkan tingkahlaku yang boleh membatalkan ibadat tersebut atau sekuang-kurang mengurangkan pahala ibadat tersebut. Jika gagal para syaitan akan menyelami hati-hati para ahli ibadat yang lalai dengan menimbulakan perasaan ikhlas dalam beribadat. Tanpa kesungguhan melawan dan mujahadah ramai di kalangan kita akan tewas. Nampak seperti sedang beribadat namun, markahnya ‘KOSONG’. lAWANLAH DENGAN DOA DAN USAHA TANPA JEMU MELAWAN HASUTAN SYAITAN LAKNATULLAH.

Leave a Reply