GALAKAN BERDOA

GALAKAN BERDOA
SURAH AL-BAQARAH:186

“Dan apabila hamba-hamba-ku bertanya kepadamu mengenai aku maka (beritahu
kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) Sentiasa hampir kepada mereka; Aku
perkenankan permohon orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintah–Ku (dengan
mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka
menjadi baik dan betul.”
HURAIAN
Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Tiada suatu kuasa
pun selain dia yang dapat mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada manusia. Oleh
itu, Islam mewajibkan umatnya menjuruskan permohonan, permintaan dan doa hanya
kepada Allah S.W.T. Memohon sesuatu selain daripada Allah adalah perbuatan yang
boleh merosakkan akidah. Tiada satu doa pun yang merupakan tunggak segala ibadah
yang tidak didengar oleh Allah S.W.T. Namun demikian, sesuatu permohonan atau doa
itu hanya akan dimakbulkan apabila seseorang itu mentaati segala suruhan dan menjauhi
larangan Allah S.W.T serta yakin diperkenankan semasa berdoa. Sebarang perlanggaran
perintah Allah S.W.T akan mengakibatkan sesuatu doa itu menjadi sia-sia dan ditolak.
KESIMPULAN
Doa memohon kebaikan dan kesejahteraan hendaklah ditujukan hanya kepada Allah
S.W.T dan tidak kepada selain –nya, makbulnya sesuatu doa itu adalah bergantung sejauh
mana kita mentaati perintah Allah dan rasul-Nya.Oleh itu, setiap doa perlu diiringi
dengan ketaatan yang sebenar bagi menjamin doa kita diperkenankan oleh Allah S.W.T.
Sumber : Koleksi Artikel Tafsir JAKIM
© 2007 Masjid Negara Online.

Leave a Reply