FOKUS UTAMA

Belajar al Quran supaya bacaan kita tepat dari aspek hukum tajwidnya. Apabila kita jelas dalam aspek bacaan ianya menjadi kita yakin dan bermotivasi untuk tadarus secara ISTIQAMAH berbanding dengan hetam Kromo atau secara ikut-ikutan atau bersandarkan pengetahuan kita semasa kanal-kanak dulu. Memang kita mempelajari al Quran semasa kanak-kanak namun dalam aspek tajwidnya kita belum memamahinya secara mendalam. Semourna atau tidak Solat kita bergantung kepada bacaan rukunnya yang tepat di samping pada pergerakan anggota. Maka, mahu tidak mahu kita mesti jadikan FOKUS utama kita dengan mendalami ilmu ALQURAN. Segeralah cari dan hadiri kelas al Quran secepat mungkin. Buangkan sifat ego, Malu, malas, rasa sudah pandai yang dinaugi sysitan itu. Jika kita berjaya melaksanakan FOKUS yang utama, percayalah akan mencapai kelazatan apabila kita bertadrus dan dalam kita menyempurnakan solat kita. Kejayaan menjsyakan FOKUS utama, insyaAllah akan memandu kita kepada fokus terhadap ibadat yang lain untuk mencapai kelazatan seterus. Jayakan FOKUS utama dengan seberapa segera yang boleh untuk FOKUS kepada ibadat yang lain.

Leave a Reply