FOKUS SOLAT

SUdah bertahun kita melaksanakan solat. Seandainya umur kita 53 tahun, maka semestinya sudah lebih 40 tahun kita solat. Daripada main-main, ikut-ikutan, dipaksakan sehinggalah kita solat dengan kerelaan sendiri. Kualiti solat kita memang ada peningkatan mengikut tahap umur kita melaksanakan solat fardu. Namun, fokus kali ini ialah bagaimana kualiti solat kita pada masa kita laksanakan secara sukarela?. Semestinya perlu ada peningkatan dalam pelbagai aspek untuk meraih solat yang mabrur. Kita yang menentukan qualitinya(KPI) dari perkara yang rukun dan sunat dalam solat. Aspek bacaan rukun seperti surah al Fatihah dan tahiyat akhir sudah tepatkah hukum tajwidnya? Aspek perbuatan seperti rukuk, betulkah kedudukan rukuk kita dari aspek 45 darjah semasa rukuk? Aspek sunatnya meliputi kedudukan tangan semasa rukuk, bacaaannya semasa rukuk serta bacaan tambahannya. Tu’maninah sudah terjagakah?. I’tidanya betulkan? Sudah betul-betul luruslah anggota badan kita? Aspek masanya tu’maninahkah. Aspek sunatnya meliputi bacaan ketika I’ tida. Tepatkah sudah sujud kita? Sudahkah kit yakin bahawa 7 anggota kita turut sujud? Aspek sunatnya seperti bacaan biasa dan tambahan doanya bagaimana? Adakah peningkatan atau macam biasa hanya bacaan rutin sahaja? Rukun-rukun solat kita akhiri dengan salam. Salam tidaklah sukar, cuma perlu tu’maninahnya. Namun aspek sunatnya semasa salam seperti doanya bagaimana? Perhatikanlah secara temperance dan amalkan samada dalam solat fardu atau sunat. Seterusnya aspek solat di awal waktu dan berjemaah bagaimana? Berapa solat fardu yang telah berjaya laksanakan secara berjemaah dan istiqamah? Kita kena fokus berkaitan dengan solat dengan bersungguh-sungguh sama ada aspek rukun, sunat dan tuntutan berjemaah.

Leave a Reply