FLASHBACK/FLASHFORWARD

DUA perkara yang perlu sentiasa diberi perhatian dalam mengekalkan amalan kita supaya sentiasa istiqamah. Melihat amalan lalu/semalam untuk memadamkan dengan harapan masa depan kita. Sebagaimana kita sedia maklum masa depan kita adalah kematian dan selepas kematian di manakah kita. Target kita adalah SYURGANYA . Untuk mencapai target tersebut kita perlu menilai amalan-amalan kita yang lalu. Apakah memadai dengan amalan yang telah kita laksanakan? sudah pasti kita akan dapatnya terlalu sedikit jika dibanding dengan amalan orang soleh berdasar catatan sejarah daripada para tabi’i dan tabi’in tabi’in. Maka, dengan melihat amalan yang lalu secara tidak langsung kita mempunyai pilihan samada meningkatkan amalan atau terus statik dengan amalan tersebut. Adalah amat malang sekiranya kita berpuas hati dengan amalan lalu tanpa pembaikan. Pembaikan dari aspek nawaitu, keiikhlas hati dan kekhusyukan dalam amalan perlu dilaku dari masa ke masa agar amalan kita diterimaNya.Ini kerana apabila melihat amalan secara luaran selalunya elok sahaja, namun bagaimana pada aspek hati? kesimpulannya kita perlu sentiasa FLASHBACK amalan kita dan FLASHFORWARD target kita agar seimbang dan tepat serta selari pada keduanya.

Leave a Reply