FENOMENA PUASA HARI ARAFAH AMAT MEMBERANSANGKAN NAMUN…..

Satu perkembangan yang positif apabila kebanyakkan umat Islam tidak mahu terlepas puasa sunat pada hari Arafah kerana besarnya fadhilat berdasar hadith Nabi Sallahu ‘alaiwasallam. Pelbagai pihak yang ahli di bidang agama tampil menjelas kepentingan puasa pada hari Arafah kepada yang tidak berwuquf di Arafah. Keinginan untuk memastikan puasa tersebut memenuhi syarat terutama tarikh yang sepatut amalan puasa menyebabkan pelbagai pihak termasuk pihak JAKIM terpaksa memberi panduan rasmi berkaitan dengan puasa sunat ini. Kebetulan puasa sunat tersebut jatuh pada hari Sabtu di mana kita tidak digalakkan berpuasa. Namun jika kita menjadikan puasa sunat Isnin dan Khamis, apa salahnya kita mulai puasa sunat Isnin, Jumaat dan Sabtu. Kita disuruh untuk memperbanyakkan amalan pada 10 hari awal Zulhijah. Begitu juga kita tidak digalakkan berpuasa pada hari Jumaat, kecuali kita berpuasa juga pada hari Khamis sebelumnya. Fenomena ini hendaklah diperluaskan kepada puasa sunat Isnin dan Khamis selain puasa sunat enam syawal, puasa sunat hari arafah, puasa sunat 10 Muharram dan beberapa puasa lain. Jadikan puasa kita seperti berikut dalam setiap tahun sekurangnya = Puasa wajib Ramadhan 29/30 hari + puasa sunat 6 hari di bulan Syawal + Puasa sunat Isnin dan Khamis (kira 80 hari lebih) + puasa sunat hari Arafah + puasa sunat 10 Muharam =Jumlan +-(126 hari bersamaan dengan 4 bulam kita berpuasa dalam setahun) . Tidak inginkah kita mencuba supaya semua puasa sunat di atas ianya menjadi amalan yang istiqamah dan tidak hanya kita berpuasa yang wajib serta sunat hari Arafah, 10 Muharram dan puasa 6 Syawal sahaja!. Berniat, berusaha dan berdoalah bersungguh-sungguh agar kita disampaikan di Padang Arafah agar kita dapat memanjatkan doa yang di antara tempat dan masa yang di makbulkan doa kita. Pesanlah saudara mara yang berada di sana supaya mendoakan kita di sana. ( Peringatan dari pembimbing hajiku supaya mencatat setiap permintaan yang di dalam doa di Arafah tetap menjadi ingatan) Semoga Ustaz Dr Abdul Basit dan rombongan ASH Har Travel serta jemaah haji 1435H yang sedang bersedia untuk berangkat ke Arafah dikurniai haji yang mabrur.

Leave a Reply