MEMILIH TEMPAT TERAWIH

Sempena bulan Ramadhan yang mulia semua masjid atau surau melakasanakan solat terawih berjemaah. Untuk tunjuan kesempurnaan solat carilah masjid atau surau terdekat yang melaksana solat sebagaimana solat fardu. Ini kerana terdapat sesetengahnya melaksanakan solat terawih secara pantas. Apabila solat dilaksanakan dengan sempurna kita dapat melaksanakan solat terawih dengan dengan sempurna, di mana kita dapat melaksanakan solat terawih sebagaimana solat fardu. Di dalam solat tersebut kita dapat melaksanakan semua aksesori(bacaan doa atau zikir tambahan)seperti bacaan yang lengkap sebagaimana amalan Rasul Sallahu ‘alaiwasallam seperti iftitahnya, rukuknya, ‘itidalnya, sujudnya, tahiyat akhirnya dan tidak sekadar bacaan biasa yang kita amalkan beberapa tahun yang lalu. Alangkah bertuahnya dalam satu malam kita dapat berdoa dan berzikir sebanyak jumlah rekaat solat terawih kita. Semakin banyak solat kita semakin banyak kita berzikir dan berdoa, mudahan di antara solat tersebut ada yang terbaik. Masih ada berbaki 12 hari lagi solat terawih, buatlah yang terbaik, Allah MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG.

Leave a Reply