Fenomena Hari Ibu

Kita pasti tersentuh dengan fenomena Hari Ibu. Media masa tidak ketinggalan mempromosi hari tersebut walaupun bukan hari itu sahaja seorang ibu perlu diingati. SMS tidak putus-putus dengan ucapan Hari dengan perbagai kalimat yang indah dan menarik. Seduatan ucapan anak mengucapkan Hari Ibu dipaparkan saban minit di media massa. Apakah seorang ibu yang solehah akan merasa gembira bila sang anak mengungkapkan kata indah untuk mereka sedangkan impian seorang ibu yang solehah ialah melahirkan anak yang soleh. Anak yang mematuhi perintah Allah swt. Apabila seorang itu mematuhi perintah Allah swt, sudah pasti ibu dan bapa adalah keutamaan. Apakah seorang ibu yang solehah akan gembira apabila seorang anak yang mengingkari perintah Allah mengucapkan madah yang indah pada hari ibu. Perintah yang paling ringan seperti menutup aurat dilanggar, apakah ibu solehah akan gembira. Harapan anak yang soleh dan solehan agar bersama nanti di syurga akan menjadi samar. Apakah kita hanya mahu bersama di dunia sahaja? Apakah perintah wajib dilaksanakan yang Allah tetapkan? tanyalah diri sendiri dan hadiahlah kepada ibumu amalan yang membawamu dan keluargamu ke syurga.Wallahu’allam.

Leave a Reply