Fenomena Hari Guru

Selamat Hari Guru. Dari seorang bekas murid dan juag seorang guru. Kepada semua guru yang komited, ikhlas, istiqamah dan hanya menharap keredhaan Allah swt. Segaja ucapan disampaikan selepas hari guru disambut. Ini adalah kerana ingin melihat terlebih dahulu fenomena bagaimana guru atau murid merayakan hari tersebut. Apakah seorang murid merasa puas apabila dapat mengucapkan selamat hari dengan perbagai kata-kata hikmah yang menimbulkan perasan dan yang lebih buruk lagi rasa riak bagi guru tersebut? Apakah seorang guru telah puas dangan ucapan dan ingatan dari murid dan rakan setugas dengan kata-kata yang teramat manis dan baik-baik belaka walaupun ada juag ucapan menyindir?. Fenomena yang menyelinap sebahagian besar guru ialah menunggu pengumuman kerajaan berkaitan ganjaran atau intensif dari kerajaan sebagai membalas jasa?! mereka. Apabila pengumuman yang tidak seperti yang diharapkan, maka macam-macamlan kata dan ancaman terhadap profeion, sehingga ada yang sanggup berkata “Ah, kerajaan tidak menghargai kita, mari kita bertugas ala kadar saja!” Itu fenomena sebahagian besar guru yang melaksanakan tugas hanya untuk mendapat habuan sahaja(mudah-mudahan tidak ramai golongan ini?!). Sepatut Hari Guru dijadikan, sepak mula separuh masa kedua untuk berkhidmat dengan lebih hebat lagi. Apakah ramai bekas murid mendoakan guru setiap masa, menghadiahkan setiap hari dengan bacaan Kalam Allah? itulah yang sepatutnya sebagai membalas jasa-jasa mereka.Ya Allah istiqamahlah bagi diriku melaksanakan perkara tersebut sehingga akhir hayat.Ini sahajalah hadiahku untyu guru-guruku.Aku mahu guruku beruntung dunia dan akhirat

Leave a Reply